SABAH CATAT 101 KES BAHARU, SATU KLUSTER DI LAHAD DATU HARI INI (19 FEB)
- Wartawan Nabalu News
- Feb 19, 2021
- 1 min read

19 Feb 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 101 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,870 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, satu kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Singgahmata di Lahad Datu merekodkan satu kes positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.
"Kes indeks dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Lahad Datu pada 13 Februari lalu. Hasil saringan kontak rapat 10 kes lagi berjaya dikesan. Aktiviti pengesanan dan punca jangkitan masih gia dijalankan," katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, 13 daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Kota Belud, Semporna, Tambunan, Kudat, Pitas, Tenom, Sipitang, Nabawan, Kunak, Telupid, Ranau, Kuala Penyu dan Tongod.
"Daerah Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 18 kes, Kalabakan (16 kes), Kota Marudu (14 kes), Kinabatangan (10 kes), Lahad Datu dan Tawau masing-masing sembilan kes.
"Keningau mencatatkan tujuh kes, Sandakan (lima kes), Papar (empat kes), Putatan (tiga kes), Penampang dan Beaufort masing-masing dua kes, Tuaran dan Beluaran masing-masing satu kes," katanya.
Beliau berkata, daripada 101 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 29 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (tujuh kes), saringan kluster baharu dan sedia ada 48 kes, pra kemasukan wad / rawatan (enam kes) dan 11 kes adalah dari lain-lain kategori.
"Hari ini seramai 87 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,324 orang.
"Sejumlah 849 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 310 orang di hospital, 537 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 48 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.















Comments