- Wartawan Nabalu News
SABAH CATAT 31 KES BAHARU, DUA KEMATIAN
17 Mac 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 31 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,001 kes.
Hari ini dua kes kematian direkodkan, masing-masing satu di Kinabatangan dan Sandakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 31 kes positif Covid-19, sebanyak 17 kes (54.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, satu kes (3.2%) saringan bergejala, enam kes (19.4%) saringan kluster baharu dan sedia ada serta tujuh kes (22.6%) dari lain-lain kategori.
"Daerah Tawau mencatatkan sebanyak 11 kes, Kota Kinabalu (10 kes), Keningau, Nabawan dan Penampang masing-masing dua kes, Kota Marudu, Putatan, Kudat dan Tuaran masing-masing satu kes.
"Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Sipitang, Kota Belud, Sandakan, Tenom, Papar, Beaufort, Kalabakan, Tambunan, Kinabatangan, Lahad Datu, Telupid, Beluran, Ranau, Kunak, Pitas, Kuala Penyu, Semporna dan Tongod," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 81 menjadikan jumlah kumulatif 53,146 orang.
Katanya, seramai 378 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 160 orang di hospital dan 217 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu orang.
"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 20 orang dan empat orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.
Comentarios