top of page
Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 38 KES BAHARU, TIADA KEMATIAN, TIADA KLUSTER BAHARU HARI INI



16 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 38 kes positif baharu Covid-19 hari ini, meningkat sembilan kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,970 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Keningau mencatatkan sembilan kes, diikuti Nabawan sebanyak lapan kes, Sipitang (empat kes).


“Kota Belud, Sandakan, Kota Marudu dan Tenom masing-masing tiga kes, Kota Kinabalu merekodkan dua kes, Tawau, Papar dan Beaufort masing-masing satu kes.


“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Kalabakan, Tambunan, Penampang, Kinabatangan, Lahad Datu, Telupid, Putatan, Beluran, Ranau, Kudat, Kunak, Tuaran, Pitas, Kuala Penyu, Semporna dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 70 menjadikan jumlah kumulatif 53,065 orang, manakala 410 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 174 orang di hospital dan 235 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu satu orang.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 19 orang dan empat orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Comments


bottom of page