top of page

SABAH CATAT 512 KES BAHARU, SATU KLUSTER, TIGA KEMATIAN, 300 PESAKIT SEMBUH HARI INI

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 20, 2020
  • 1 min read

Datuk Masidi Manjun

20 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 512 kes baharu Covid-19 di Sabah, satu kluster baharu di Tawau dan 300 pesakit dilaporkan sembuh.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 512 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 194 kes (37.89 peratus) adalah berpunca dari Kluster Sabaru di Lahad Datu.


“Manakala, selebihnya iaitu 318 kes berpunca dari lain-lain kategori seperti saringan kontak rapat, saringan bergejala dan saringan komuniti,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daerah Lahad Datu mencatatkan kes baharu tertinggi di seluruh Sabah hari ini dengan 194 kes, diikuti Kota Kinabalu sebanyak 71 kes, Tawau (50 kes), Tuaran (45 kes), Sandakan (40 kes), Kudat (40 kes), Papar (23 kes), Penampang (14 kes) dan Beaufort (10 kes).


“Daerah Kota Belud mencatatkan sebanyak tujuh kes baharu, Semporna dan Putatan masing-masing lima kes, Pitas (empat kes), Kota Marudu, Kuala Penyu, Tenom dan Ranau masing-masing satu kes,” katanya.


Beliau berkata, daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Beluran, Keningau, Kunak, Kinabatangan, Sipitang, Tambunan, Tongod, Telupid dan Nabawan.


Masidi berkata, tiga kes kematian dicatatkan hari ini iaitu dua di Tawau dan satu di Kota Kinabalu.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page