SABAH CATAT 651 KES COVID-19 HARI INI, 2 KEMATIAN
- Wartawan Nabalu News
- Jul 19, 2021
- 2 min read

19 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini ialah sebanyak 651 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 75,796. Dua kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu di Kota Kinabalu dan Sipitang. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 57.14 peratus bersamaan dengn 372 kes adalah daripada saringan kluster, saringan kontak rapat (177 kes), saringan bersasar (43 kes), saringan bergejala (42 kes) dan lain-lain saringan sebanyak 15 kes. “Daerah yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini ialah Kota Kinabalu dengan 244 kes, Keningau (90 kes), Tawau (60 kes) dan Kalabakan (40 kes). "244 kes di Kota Kinabalu adalah berpunca daripada saringan kluster (150 kes) yang melibatkan dua kluster iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (146) kes dan Kluster Agora Borneo empat (4) kes. Selebihnya, 49 kes daripada saringan kontak rapat, 11 kes daripada saringan bergejala, 30 kes daripada saringan bersasar dan empat lagi merupkan saringan lain-lain kes. "Peningkatan kes di Keningau, Tawau dan Kalabakan juga berpunca daripada saringan kluster. Kluster Jambatan Liawan (13) kes dan Kluster Kayu Patikang (73) kes di Keningau, saringan kluster (31) kes di Tawau pula daripada empat kluster iaitu Kluster Tembok Tawau Dua (26) kes dan Kluster Jalan Membalua dua kes, Kluster Agathis satu kes dan Kluster Serudung Baru dua kes serta 39 kes di Kalabakan adalah daripada Saringan Kluster Agathis, tambah beliau," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. Masidi berkata, daerah Zon Hijau masih kekal kepada dua daerah iaitu di Tambunan dan Tenom. Masidi berkata, dari segi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh, pada hari ini 231 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 71,463 orang. “Seramai 3,322 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 467 orang di hospital, 1,953 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 902 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 57 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.















Comments