SABAH CATAT 78 KES BAHARU, 13 DAERAH CATAT SIFAR KES BAHARU
- Wartawan Nabalu News
- Mar 4, 2021
- 1 min read
Updated: Mar 5, 2021

4 Mac 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 78 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,216 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 13 daerah di Sabah tidak mencatatkan kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Beliau berkata daerah-daerah itu ialah Beluran, Putatan, Semporna, Kinabatangan, Ranau, Sipitang, Pitas, Tenom, Tuaran, Tambunan, Beaufort, Telupid dan Tongod.
"Hari ini hanya tiga daerah mencatatkan kes baharu melebihi dua angka iaitu Kalabakan sebanyak 12 kes, Nabawan (11 kes) dan Keningau (10 kes).
"Lahad Datu mencatatkan lapan kes, Kota Kinabalu dan Kudat masing-masing tujuh kes, Sandakan (enam kes), Penampang dan Kota Marudu masing-masing lima kes, Tawau (tiga kes), Papar, Kunak, Kota Belud dan Kuala Penyu masing-masing satu kes," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, daripada 78 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 42 kes (538%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala lapan kes (10.3%), saringan kluster sedia ada 24 kes (30.8%), dan empat kes (5.1%) adalah dari lainlain kategori.
Beliau berkata, hari ini seramai 94 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,869 orang.
Sementara itu, sejumlah 701 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 268 orang di hospital, 426 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 31 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.















Comments