top of page

SABAH CATAT 85 KES, 12 DAERAH TIADA KES BAHARU

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 21, 2021
  • 1 min read


21 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 85 kes positif baharu Covid-19 hari ini, iaitu menurun 24 kes berbanding kelmarin dan merupakan yang terendah sejak 29 September tahun lalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,064 kes.


"Daerah Kota Kinabalu dan Penampang masing-masing mencatatkan 16 kes baharu, Tawau (14 kes), Sandakan (13 kes), Keningau dan Lahad Datu masing-masing enam kes, Tuaran dan Kalabakan masing-masing tiga kes, Beaufort (dua kes).

"Kota Marudu, Nabawan, Kota Belud, Semporna, Papar dan Ranau masing-masing satu kes baharu.


"Sebanyak 12 daerah tidak mencatatkan kes baharu iaitu Tenom, Kinabatangan, Putatan, Beluran, Tambunan, Kudat, Pitas, Sipitang, Kunak, Telupid, Kuala Penyu dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 85 kes positif Covid-19 sebanyak 44 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (13 kes), saringan kluster sedia ada (15 kes), PERKESO (empat kes) dan sembilan kes dari lain-lain kategori.

Beliau berkata, pada hari ini, seramai 156 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,592 orang.


"Sejumlah 850 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 309 orang di hospital, 538 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di PusatTahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 50 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page