top of page

SABAH FA CIPTA KEMENANGAN DI LAMAN SENDIRI

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

26 Mei 2025


KOTA KINABALU: Dewan Sri Putatan menjadi saksi kepada detik bersejarah buat arena futsal Sabah apabila buat julung kalinya menjadi gelanggang rasmi Pasukan Futsal Sabah FA dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1.


Dalam perlawanan pertama itu, pasukan Sabah FA menewaskan TOT United dengan keputusan penuh 3-2 dalam satu perlawanan mendebarkan.


Sabah membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan kencang pemain import, Vitor Manoel Da Silva, sebelum pemain sama menggandakan kelebihan pada minit ke-7.

TOT United kemudiannya cuba bangkit di babak kedua dan berjaya mencetak gol menerusi “set piece”sepakan percuma daripada Mohamad Sufri Shamil pada minit ke-4 separuh masa kedua.


Bagaimanapun, pasukan Sabah pantas membalas jaringan menerusi Igor Paulo Silva hanya seminit selepas itu untuk mengembalikan kelebihan 3 gol buat tuan rumah.


TOT United tidak berputus asa dan terus memberi tekanan sebelum Muhammad Nurasyraaf menjaringkan gol kedua mereka seminit sebelum tamat perlawanan.

Kelebihan 3-2 memadai untuk Sabah FA mengesahkan kemenangan bersejarah di laman sendiri.

Turut hadir menyaksikan perlawanan ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir Shahelmey Yahya, Pengerusi Futsal dan Bola Sepak Pantai SAFA, Muhd Rafiuddin Gulistan.

Sabah FA kini berada di tangga ke-4 setelah menewaskan TOT United, bagi perlawanan seterusnya, Sabah FA akan menentang KL City FC pada 31 Mei di Dewan Sri Putatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page