SABAH FC MULA IKAT PEMAIN MUSIM 2021SABAH FC MULA IKAT PEMAIN MUSIM 2021
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH FC MULA IKAT PEMAIN MUSIM 2021





16 Jan 2021

Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid


KOTA KINABALU: Bekas penyerang pasukan Sarawak, Bobby Gonzales menjadi antara pemain yang menandatangani kontrak untuk bermain bersama Sabah FC (SFC) pada saingan Liga Malaysia musim ini.


Pemain berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah bermain dengan beberapa pasukan lain antaranya Brunei DPMM, PDRM FC, KL Plus FC, Felda United, PKNS FC, Perak dan Pulau Pinang.


Selain Bobby, turut menandatangani kontrak ketua pasukan yang juga tonggak pertahanan musim lalu, Rawilson Batuil.



Difahamkan, pemain berasal dari Kota Marudu itu menjadi pemain tempatan pertama yang menandatangani kontrak bagi bermain bersama SFC musim ini.


Laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut memuatnaik kenyataan bahawa beberapa pemain lain turut diikat untuk bermain bersama pasukan itu.


Antara pemain yang diikat SFC,Alto Linus; Rozaimie Rohim; Jenius Karib; Sabri Sahar; Mohd Azzizan Nordin; Dendy Lowa; Mohd Syukri Baharun; Rahman Shah Marajeh dan Ricco Nigel Milus.


Selain itu turut menandatangani kontrak, Evan Wensley Wenceslaus ; Mohd Azwan Fattah; Ariusdius Jais dan Ummareng Bachok.


Import tunggal yang dikekalkan ialah pertahan dari Korea Selatan, Park Tae Su dan SFC turut difahamkan sedang berusaha mendapatkan pemain import untuk memantapkan pasukan termasuk dari Indonesia untuk kuota Asia Tenggara.


Pasukan dalam saingan Liga Super dibenarkan mempunyai lima pemain import termasuk satu kuota untuk Asia dan satu Asia Tenggara.


Majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi rasmi pasukan dijangka akan diadakan pada 14 Februari depan manakala Kongres SAFA dijadualkan diadakan pada 27 Februari di mana akan ada pemilihan bagi sesi 2021-2023.


bottom of page