Sabah FC Raih Tiga Mata Penuh di Likas
- nabalunews
- 4m
- 1 min read

23 November 2025
KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC berjaya akhirnya berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Penang FC dengan jaringan 3-2 pada aksi di Stadium Likas, malam tadi.
Pada perlawanan berkenaan pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi jaringan penyerang import Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-17.
Bagaimanapun, kelebihan itu hanya mampu bertahan selama lima minat apabila
Penyerang Sabah, Ajdin Mujagic berjaya menjaringkan gol.

Pasukan pelawat kemudiannya sekali lagi mendahului pasukan Sabah FC selepas Wenzel-Halls meledak gol keduanya pada minit ke-39.
Pada separuh masa kedua, Sabah FC tampil dengan permainan lebih kemas apabila penyerangnya Muhammad Jafri Firdaus Chew meledak gol penyamaan kedua pada minit ke-56.
Tidak cukup dengan gol kedua itu, pasukan Sabah FC terus mengasak benteng pertahanan lawan sebelum akhirnya berkaya mendahului Penang FC.
Gol ketiga Sabah FC itu dijaringkan oleh pemain pertahanan, Daniel Ting pada minit ke-71 sebelum permainan berakhir dengan keputusan 3-2.


















Comments