Sabah FC tekad kekal konsisten lawan Penang FC
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

20 November 2025
KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC kini berada pada landasan positif menjelang aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Likas, Ahad ini.
Ketua Jurulatih, Jean-Paul de Marigny, berkata fokus utama pasukan adalah mengekalkan prestasi konsisten sepanjang 90 minit.
Menurutnya, walaupun skuad Sabah FC cemerlang pada separuh masa pertama ketika menentang Selangor minggu lalu, penurunan intensiti di babak kedua menjadi pengajaran penting.
“Cabaran kami kini adalah mengekalkan momentum sehingga 95 atau 96 minit, apa sahaja yang diperlukan,” katanya.
Beliau turut memuji Penang FC sebagai pasukan berkualiti dan menegaskan pasukannya perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan lawan.
Selain itu, de Marigny merakamkan penghargaan kepada penyokong Sabah FC yang semakin memberikan sokongan padu, berharap dorongan mereka menjadi pemangkin bagi meraih tiga mata penuh.


















Comments