Sabah longgarkan SOP Tahun Baru Cina tahun ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah longgarkan SOP Tahun Baru Cina tahun ini


21 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Masyarakat yang menyambut Tahun Baru Cina dibenarkan untuk melakukan aktiviti ziarah dan acara makan bersama keluarga setelah Kerajaan Negeri mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar berbanding tahun lalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ahli keluagra dan saudara mara adalah dibenarkan bagi acara makan bersama keluarga, pada 31 Januari tahun ini, berbanding tahun lalu, di mana hanya 15 ahli keluarga yang tinggal dalam jarak 10 kilometer radius dibenarkan ,


Bagaimanapun, penganjuran rumah terbuka adalah tidak dibenarkan tetapi resepsi Tahun Baru Cina dibenarkan membabitkan individu yang mendapat jemputan sahaja dengan 50 peratus kapasiti ruang.


Ujarnya hanya individu yang lengkap divaksin dan dijemput sahaja yang boleh hadir ke resepsi tersebut.


Sementara itu, upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Februari adalah dibenarkan dengan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, selain sembahyang khas 'Hokkien Clan' pada 8 dan 9 Februari serta aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam.


Selain itu, bagi upacara sembahyang Chap Goh Mei pada 15 Februari juga dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.


Manakala, persembahan tarian singa, dan naga turut dibenarkan tertakluk kepada kebenaran pihak polis.

bottom of page