top of page

SABAH MASIH CATAT JUMLAH KES TERTINGGI KES BAHARU

  • nabalunews
  • Oct 21, 2020
  • 1 min read

21 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 535 kes atau 73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 732 jes baharu yang dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 22,957 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Pertambahan kes baharu di Sabah kerana lebih banyak ujian makmal RT-PCR dapat dijalankan di makmal-makmal di Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia dan lebih banyak ujian RTK Antigen dijalankan di lapangan.

Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sebanyak 30 kes (4.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Tembok dan Penjara Reman.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah pada hari ini, 254 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Basung; enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Inai; dua kes daripada kluster baharu (Kluster Tempayan) dan 190 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page