top of page

SABAH MASIH CATAT KES TERTINGGI, 528 KES BAHARU HARI INI

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 23, 2020
  • 1 min read

23 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes atau 74.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 710 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 24,514 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah, 203 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk dua kes kluster baharu iaitu Kluster Samudera, 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 156 kes daripada lain-lain saringan,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Daripada jumlah kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pada hari ini, Selangor mencatatkan 62 kes baharu, Pulau Pinang (39 kes), Negeri Sembilan (37 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (19 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes), Perak dan Johor masing-masing empat kes baharu, Terengganu (dua kes), Sarawak (dua kes), Kedah dan Pahang masing-masing satu kes baharu.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page