Sabah mesti bebas daripada tuntutan supaya pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah mesti bebas daripada tuntutan supaya pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan - Ewon


18 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyatakan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bahawa Sabah mesti bebas daripada sebarang tuntutan mana-mana pihak supaya pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan.


Beliau berkata, pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu telah membawa tuntutan mereka ke atas Sabah sehingga ke Sepanyol dan Perancis.


“Keputusan arbitrati awal tahun ini yang memihak kepada mereka dan berita mengenai pengambil-alihan aset Petronas oleh mereka merupakan satu gangguan.


“Untuk Kerajaan Sabah meneruskan pembangunan dan melaksanakan belanjawan-belanjawan tahunan dan tambahan, tidak harus ada gangguan seperti tuntutan Sulu. Saya tahu Ketua Menteri Sabah (Datuk Hajiji Haji Noor) telah mengeluarkan kenyataan tidak mengiktiraf tuntutan Sulu dan kita semua menyokong.

“Itu sebabnya saya mencadangkan agar satu resolusi dimuktamadkan di Dewan ini agar kita tidak mengiktiraf tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah dan menolak keputusan arbitrari awal tahun ini yang dibuat di Perancis,” katanya.


Beliau berkata, demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2022, pada persidangan dewan undangan negeri, di DUN Sabah hari ini.


Ewon percaya kesemua 78 orang ADUN Sabah bersetuju dengan usul ini jika dibentangkan.

bottom of page