top of page

Sabah terus catat trend penurunan, 1,395 kes baharu hari ini

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 18, 2021
  • 1 min read


18 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINBALU: Sabah terus merekodkan trend penurunan jangkitan pada hari ini dengan 1,395 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 184,221 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 13 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Lahad Datu dan Putatan, dua kes di Tawau dan Kudat manakala Kota Belud, Sandakan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes.


Menurut Masidi, kebanyakaan daerah terus menunjukkan penurunan kes pada hari ini dan hanya empat daerah yang merekodkan 100 kes ke atas iaitu Kota Kinabalu dengan 160 kes, Sandakan (159 kes), Lahad Datu (127 kes), dan Tuaran (106 kes).


“Manakala daerah-daerah lain merekodkan 100 kes ke bawah dan Sipitang merekodkan jumlah kes terendah iaitu sebanyak enam kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada keseluruhan kes hari ini iaitu sebanyak 833 kes, diikuti saringan bergejala sebanyak 383 kes, 26 kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (120 kes).


"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 899 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 385 kes, Kategori 3 sebanyak sembilan kes, Kategori 4 (tiga kes) dan Kategori 5 (tujuh kes).


“Jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh hari ini pula sebanyak 1,775 menjadikan jumlah kumulatif 158, 502 orang,” katanya.


Seramai 4,203 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,446 orang di hospital, 2,646 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 102 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 200 orang merangkumi 149 di unit rawatan rapi serta 51 di kubikel akut, dan 70 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page