Sabah turut umum cuti peristiwa 28 November ini
25 November 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor mengumumkan kerajaan negeri memutuskan 28 November (Isnin) adalah Hari Kelepasan Am Khas bagi Negeri Sabah.
“Selaras dengan pengumuman cuti peristiwa pada 28 November oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Negeri Sabah turut memutuskan 28 November (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am Khas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pemberian cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selaras menepati janji perdana menteri itu pada PRU15.
תגובות