Sabah umum cuti tambahan Aidilfitri
- nabalunews
- Mar 18
- 1 min read

18 Mac 2026
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, seiring dengan pengumuman dibuat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Menurut Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman telah menetapkan Jumaat (20 Mac) sebagai hari kelepasan am tambahan sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac).
Manakala jika Aidilfitri diisytiharkan pada Jumaat (20 Mac) maka cuti umum tambahan negeri ditetapkan pada Isnin (23 Mac).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sabah pada Ahad lepas, mengumumkan penetapan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri.
Beliau berkata pemberian hari cuti tambahan bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi menghargai usaha dan dedikasi rakyat yang bekerja keras sepanjang bulan Ramadan.















Comments