top of page

Sabah warta 16 fahaman sebagai ajaran sesat

  • nabalunews
  • Aug 12, 2024
  • 1 min read

12 Ogos 2024


KENINGAU: 16 kumpulan serta fahaman diwartakan sebagai ajaran sesat di Sabah.


Exco Agama Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara ajaran sesat berkenaan termasuklah ajaran Ilmu Makrifat, Hizbut Tahrir, Islam Jama’ah, Black Metal dan Syiah.


“Senarai kesemua fahaman terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah. Pejabat mufti turut menyenaraikan empat buku iaitu buku Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad, buku Membela Sunnah Nabawiyyah hasil tulisan Abd Wahab Bustami, buku Awaluddin Makrifatullah yang ditulis Haji Muhammad Seman Al-Banjari dan buku-buku Mohd Hairi Nonchi.


“Selain itu, kita juga memantau ajaran sesat Millah Abraham@Ibrahim. Pemantauan penguatkuasaan turut membabitkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM),” katanya seperti dilaporkan Buletin TV3.


Mohd Arifin berkata demikian ketika ditemui media selepas Merasmikan Minggu Perpustakaan Peringkat Negeri di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Datuk Dr Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah memaklumkan terdapat pengikut ajaran Millah Abraham yang didakwa di Sabah tahun lalu.


“Bagaimanapun, semua yang didakwa bukan berasal dari Sabah. Mereka dijatuhkan hukuman dan sebab itulah daripada semasa ke semasa kita sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan gerakan ini tidak berkembang di Sabah,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page