Sabotaj pendawaian elektrik Kadamaian Square tidak jejas program UPKO KB
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabotaj pendawaian elektrik Kadamaian Square tidak jejas program UPKO KB



16 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Perbuatan khianat atau sabotaj pendawaian elektrik di Dewan Kadamaian Square tidak menjejaskan program Pertubuhan Kinabalu Progesif Bersatu (UPKO) Kota Belud, hari ini.


Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, masalah itu umpama cabaran yang dihadapi di Kadamaian.



“Walaupun ada cabaran seperti ini, kita teruskan juga perjuangan. Mesejnya. susah senang kita di Kadamaian kita teruskan juga program.

“Setakat tiada bekalan elektrik, ia tidak menghalang kita melaksanakan mesyuarat. Seperti juga tiada peruntukan namun masih boleh meneruskan perkahidmatan dan melawat Bahagian dan Cawangan-Cawangan UPKO,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Kota Belud, di Dewan Kadamaian Square, di sini, hari ini.



Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut menegur kerajaan khususnya Majlis Daerah Kota Belud atas kegagalan menjaga kemudahan bangunan itu.


“Kerajaan hari ini melalui Majlis Daerah gagal memastikan tempat ini dijaga dengan baik sehingga bekalan elektrik dipotong dan wayar digunting menyebabkan kemudahan ini tidak berfungsi. Majlis Daerah tidak melangsaikan bil elekrik menyebabkan pihak SESB memotong bekalan elektrik di dewan ini.


“Kemudahan awam ini seharusnya dijaga dan diurus dengan sebaiknya kerana ia adalah antara pembangunan mega di kawasan Kadamaian setelah berpuluh tahun lamanya tiada perancangan pihak kerajaan membangunkan kawasan ini,” katanya.


Beliau berkata, pendawaian di bilik belakang pentas dipotong. “Saya tidak tahu ia disengajakan kerana sabotaj atau kerana sifat manusia yang vandalisme”.


“Bagaimanapun saya memberi penghargaan kepada pihak penganjur kerana bertungkus lumus sehingga jam 1 pagi tadi menyambungkan semula wayar yang telah dipotong untuk memberikan beklan elektrik kepada sound system,” katanya.

bottom of page