top of page

Sahabat AIM boleh guna premis Tamu Desa untuk Mesyuarat Mingguan: Ewon

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

ree

1 September 2025


KOTA BELUD: Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) boleh menggunakan premis Tamu Desa sebagai lokasi mengadakan mesyuarat mingguan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Beliau berkata, premis Tamu Desa yang dilaksanakan kementeriannya bukan sahaja menjadi pusat niaga untuk usahawan kecil, tetap boleh dijadikan pusat pertemuan komuniti setempat.


“Setakat ini, bagi kawasan Kota Belud sahaja, sebanyak 22 Tamu Desa siap pada tahun lalu termasuk di kawasan DUN Kadamaian, Usukan dan Tampasuk.

ree

“Tamu Desa yang dibina baharu dan dinaik taraf itu disediakan untuk memberi ruang yang lebih selesa dan bersih kepada usahawan kecil termasuk Sahabat AIM,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Sahabat Usahawan AIM Cawangan Kota Belud dan Pembukaan Rasmi Tamu Desa Ponginapuan, Kampung Rengalau, di sini, hari ini.


Menurut Ewon, tahun ini sebanyak lapan lagi Tamu Desa akan dibina di kawasan Kota Belud, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dan DUN Tempasuk, hasil permohonan wakil rakyat serta usahawan di tamu komuniti sedia ada.

ree

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada AIM atas inisiatif mereka dalam memperkasa usahawan kecil dengan mewujudkan pasar tamu yang memberi peluang kepada komuniti menjana pendapatan.


“Menerusi kelab usahawan, AIM berjaya membuka pasar tamu sendiri di Ranau yang beroperasi setiap Ahad.


“Di Kota Belud pula, pasar tamu yang dibuka setiap Jumaat juga menyaksikan majoriti peniaga terdiri daripada Sahabat Usahawan AIM,” katanya.

ree

Ewon berkata, kementerian sentiasa mengalu-alukan usaha sama dengan AIM dalam memajukan usahawan luar bandar, sambil memberi jaminan akan meneruskan pembangunan infrastruktur seperti Tamu Desa bagi memperkukuh ekonomi tempatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page