top of page

Saingan 3 penjuru di Kinabatangan, 2 penjuru di Lamag

  • nabalunews
  • 13 minutes ago
  • 1 min read

10 Januari 2026


KINABATANGAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru, manakala saingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula hanya ditandingi dua parti.


Di Parlimen Kinabatangan, Barisan Nasional (BN) menampilkan Mohd Kurniawan Naim Moktar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan.


Naim akan menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau daripada Parti Warisan (Warisan), Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas, Goldam Hamid.


Bagi kerusi DUN Lamag pula, calon BN, Mohd Ismail Ayob berdepan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari, manakala hari pengundian awal pada 20 Januari.


PRK diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page