top of page

Sambutan Aidilfitri Anjuran Kerajaan Negeri Tarik Kehadiran Melebihi Jangkaan

  • nabalunews
  • 36 minutes ago
  • 1 min read

29 Mac 2026


KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Kerajaan Negeri Sabah  mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran melebihi jangkaan.


Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, berkata orang ramai mula membanjiri Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) seawal jam 8 pagi.


“Kehadiran amat memberangsangkan dan kita bersyukur kerana sambutan ini dapat menghimpunkan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Inilah wadah perpaduan yang kita harapkan dapat dicapai melalui sambutan Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan, pada Sabtu.


Menurut Arifin, seramai 71 usahawan dan 15 hotel terlibat dalam penyediaan sajian kepada pengunjung, seterusnya memberi peluang kepada pengusaha tempatan menampilkan hidangan berkualiti.


“Penganjuran majlis seumpama ini juga membuka ruang kepada masyarakat untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim, termasuk mereka yang jarang berpeluang bertemu pada hari raya.

"Majlis berkenaan turut menjadi platform penting mengukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan kelahiran Sabah antaranya Marsha Milan dan Fanzi Ruji.-Penerangan

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page