top of page

Sambutan Kaamatan Raya dan Karnival BKD SK Kaung Meriah

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

28 Mei 2025


KOTA BELUD : Sambutan Kaamatan Raya anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Terbuka Kampung Kaung Ulu, Kota Belud hari ini.


Acara turut dimeriahkan dengan penganjuran Karnival Bahasa KadazanDusun (BKD) yang bermula seawal jam 7.30 pagi dan diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari.


Antara acara utama yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta dan pengunjung ialah pertandingan tradisional seperti Manangon, Kolumison Basaan bagi lelaki dan perempuan, serta pertandingan Sugandoi yang melibatkan penyertaan murid dan ibu bapa. Selain itu, acara cabutan bertuah turut menambahkan lagi keterujaan dan kemeriahan suasana.

Majlis turut diserikan dengan jamuan secara potluck hasil sumbangan ibu bapa dan guru, yang membolehkan semua tetamu menikmati pelbagai juadah tradisional tempatan. Persembahan tarian tradisional juga menceriakan suasana, menonjolkan kekayaan budaya etnik tempatan.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Kaung, Encik Danius Yangkat, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Kaung, Encik Jimri Santi. Pada majlis tersebut, turut diumumkan pemenang dan penyampaian hadiah bagi kategori ‘Pakaian Terbaik’ yang mencuri tumpuan ramai dengan kreativiti dan keunikan pakaian tradisional yang ditampilkan.

Sambutan Kaamatan Raya kali ini bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan komuniti setempat, malah turut menjadi platform penting dalam memupuk semangat perpaduan serta menghargai nilai-nilai budaya dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page