Sambutan ulang tahun ke-70 Kg. Tamalang lebih bermakna dengan pembangunan baharu - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sambutan ulang tahun ke-70 Kg. Tamalang lebih bermakna dengan pembangunan baharu - Ewon


Ewon bersama-sama dengan jawatankuasa penganjur sambutan ulang tahun ke-70 Kampung Tamalang

25 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menghadiri sambutan ulangtahun ke-70 kampung Tamalang Taginambur, di sini, pada Sabtu. Beliau menyatakan sambutan tersebut lebih bermakna dengan pembangunan baharu yang telah dilaksanakan walaupun dalam tempoh singkat iaitu dari tahun 2018 hingga 2020 ketika beliau berada dalam Kerajaan. “Dalam tempoh 2018-2020, saya sempat menyalurkan peruntukan Kerajaan kepada kampung Tamalang untuk membina sebuah dewan serbaguna, jalan konkrit ke dewan, jalan konkrit perumahan, penyiapan bangunan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan beberapa lagi kemudahan kecil serta program-program lain di kampung ini. “Walaupun hari ini saya berada di luar Kerajaan namub saya tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN dan mencari inisiatif untuk membantu menyediakan keperluan di kampung seperti pemasangan culvert dan konkrit saliran air sawah, pembekalan kerusi, merata kawasan sekelling dewan dan menabur batu kelikir.

Ewon bersama sebahagian penduduk yang hadir pada majlis itu.

“Saya berharap pihak Kerajaan yang ada hari ini akan meneruskan inisiatif pro-aktif seperti ini untuk membantu kampung-kampung di seluruh Kadamaian,” katanya. Ewon berkata demikian selepas dihubungi wartawan Nabalu News berkenaan lawatan beliau di kampung tersebut. Sambutan tersebut diadakan di dewan serbaguna baharu yang telah dibina hasil peruntukan Ewon sebelum ini dan dihadiri lebih 100 orang penduduk. Sambutan ulangtahun tersebut diadakan setiap lima tahun bagi memperingati penubuhan dan kemajuan yang telah dicapai.

bottom of page