Sambutan Ulang Tahun TYT Sabah Meriah
- nabalunews
- Jun 21
- 1 min read

21 Jun 2025
KOTA KINABALU: Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74, Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Padang Merdeka, di sini, meriah dengan penyertaan perbarisan sebanyak 80 kontinjen.
Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri upacara perbarisan pertama sempena hari jadi rasmi beliau selaku Yang di-Pertua Negeri yang baharu.
Ketibaan Tun disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag bersama barisan kabinet kerajaan negeri.

Antara yang hadir, Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong serta kenamaan lain.
Majlis dimulakan dengan Tun Musa memeriksa pasukan kawalan kehormatan utama dengan diiringi 17 das tembakan meriam dari Bukit Bendera.
Selepas itu, beliau turut menaiki kenderaan istiadat untuk memeriksa 80 kontinjen perbarisan di Padang Merdeka.

Upacara memotong kek turut diadakan ketika persembahan tarian khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sabah.

Majlis kemudiannya ditangguhkan bagi Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Istana Seri Kinabalu.


















Comments