top of page

SARINGAN PEKERJA, SYARIKAT KURIER ANTARA PUNCA KLUSTER BAHARU DI KOTA KINABALU

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 30, 2020
  • 1 min read

30 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Saringan pekerja kilang beras dan syarikat kurier antara punca tiga kluster baharu yang dikenalpasti di Sabah pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Sembulan yang berpunca daripada syarikat kurier mengakibatkan 12 individu dijangkiti.

“Manakala Kluster Telipok sebanyak 10 kes berpunca daripada saringan pekerja kilang beras dan Kluster Rumah Merah sebanyak 57 Kes melibatkan penghuni pusat tahanan sementara di Menggatal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengenai kapasiti katil untuk pesakit Covid-19 di Sabah, Masidi berkata, jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 33 katil menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,892 katil.

“Penggunaan katil keseluruhan sehingga hari ini adalah 48.73 peratus,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page