SARINGAN PELAJAR MASUK ASRAMA ANTARA KLUSTER BAHARU DI RANAU, KOTA KINABALU
29 Jan 2021
Oleh Anne Sham
KOTA KINABALU: Dua kluster baharu dilaporkan hari ini masing-masing melibatkan Ranau dan Kota Kinabalu, antaranya berpunca dari saringan pelajar masuk asrama.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Tinanom, Ranau melibatkan 22 kes positif Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 46 kes.
“Kes indeks bagi kluster ini merupakan pelajar yang dikesan positif melalui saringan masuk asrama," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, kluster kedua ialah Kluster Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, mencatatkan 10 kes baharu menjadikan kes kumulatif sebanyak 12 kes.
“Kes indeks bagi kluster ini dikesan melalui saringan bergejala pada 26 Januari,” katanya.
Comments