top of page

SATU KAMPUNG SATU INDUSTRI BANTU TINGKAT EKONOMI RAKYAT

Wartawan Nabalu News

Joachim mendengar penjelasan daripada Jirus mengenai persatuan itu.

11 Nov 2020


RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyasarkan supaya setiap kampung di negeri ini khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, mempunyai satu industri bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat kawasan itu.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Industri berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana Sabah sememangnya kaya dengan industri tradisi yang boleh dikomersialkan.


“Kerajaan sedia membantu mengembangkan industri ini terutama yang dilihat mempunyai potensi untuk dimajukan dan ada nilai komersial,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persatuan Kinabalu Jade Eco Tourism dan Kraftangan Jed Kinabalu di Kampung Nalumad di sini semalam.


Joachim melawat pameran kraftangan Jed Kinabalu.

Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang turut mengingatkan setiap pengusaha yang terlibat dalam apa juga industri di negeri ini supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kinabalu Jade Eco Tourism, Jirus Muin dalam ucapan aluannya berkata, tujuan penubuhan persatuan ialah untuk mempromosikan kraftangan berasaskan sumber alam semulajadi yang dihasilkan penduduk kampung.



Beliau memberitahu, batu yang terdapat di kampung itu ialah jenis nefrit atau sejenis batu jed yang didapati di Sungai Mokoduo.


“Batu-batu ini mempunyai nilai untuk dikomersialkan,” katanya.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page