top of page

Satu Maut Dua Cedera Dalam Kemalangan Lori Terbabas

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

ree

24 Oktober 2025


SOOK: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas lori tiga tan dinaiki terbabas dalam kejadian di Jalan Sinaran, Kampung Sinaron Tengah, awal pagi, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.


Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Maimin Yabin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.58 pagi.

ree

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 60 kilometer dari BBP Sook.


“Setibanya di tempat kejadian, ketiga-tiga mangsa lelaki didapati tercampak keluar dari lori. Dua daripada mereka mengalami kecederaan dan diberi rawatan awal oleh anggota bomba serta pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Dua mangsa cedera telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.47 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page