top of page

SAWIT KINABALU SALUR BANTUAN BAKUL MAKANAN BERNILAI RM1 JUTA DI 15 DAERAH

  • nabalunews
  • Jun 22, 2021
  • 1 min read


22 Jun 2021


KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu akan mengedarkan bantuan bakul makanan bernilai RM1 juta yang akan memberi manfaat kepada 10,000 ketua isi rumah di 15 daerah di seluruh Sabah iaitu kawasan tempat syarikat itu beroperasi.


Bantuan bakul makanan itu akan disalurkan terlebih dahulu ke Pejabat Daerah dan Pusat Kawalan Operasi Bencana di Papar, Beaufort, Membakut, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Tongod, Kinabatangan, Lahad Datu, Tungku, Kunak, Semporna, Tawau dan Kalabakan sebelum diedarkan kepada penduduk terlibat.


Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie menyampaikan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah Datuk Safar Untong sebagai simbolik penyerahan bantuan bakul makanan berkenaan hari ini.


Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dalam satu majlis ringkas diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di sini.


Hajiji berkata sumbangan bantuan bakul makanan daripada Kumpulan Sawit Kinabalu itu diharap akan dapat membantu meringankan beban penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19.


Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri juga telah mengagihkan sebanyak 40,736 bakul makanan kepada golongan memerlukan menerusi Program Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 bermula 19 Jun lepas.


Sebelum ini, sebanyak 322,122 bakul makanan diagihkan menerusi BSP1.0 dan 367,231 bakul makanan pada BSP2.0. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page