Saya mahu teruskan apa yang saya mulakan di Kg.Maang - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Saya mahu teruskan apa yang saya mulakan di Kg.Maang - Ewon


Ewon ketika berucap pada progam itu.

5 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) di Penampang, Datuk Ewon Benedick menyatakan harapan beliau untuk meneruskan perjuangan yang telah dimulakan di Kg Maang, Penampang.


Beliau berkata, penglibatan awal beliau dalam kepimpinan bermula dengan penglibatan dalam tindakan membantah cadangan pemindahan setinggan dari Sri Tanjung, Putatan ke Kg Maang, Penampang pada bulan tahun 2006.


“Selepas tamat pengajian di universiti dan memulakan tugas sebagai Ketua Komulakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), saya terlibat dalam tindakan membantah cadangan pemindahan setinggan Sri Tanjung ke Kg Maang, terlibat menyediakan memorandum bantahan dan sama-sama berhimpun bersama rakyat Penampang membantah cadangan tersebut.


Ewon bergambar bersama para pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

“Jika cadangan tersebut dilaksanakan ketika itu, penduduk Kadazan di Kg Maang akan ditenggelami dengan pendatang asing. Mereka akan merebak ke kampung-kampung lain termasuk Donggongon. Penduduk Kg Maang juga menyatakan penghargaan mereka hari ini kerana bantahan keras itu telah memastikan kampung mereka bebas pendatang asing.


“Mujurlah dengan bantahan keras Wakil-Wakil Rakyat UPKO seperti Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Philip Lasimbang, Datuk Donald Mojuntin dan jawatankuasa tindakan yang diketuai oleh Fred Moosom serta semua rakyat Penampang, cadangan itu tidak dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.


Menurut Ewon juga, berikutan bantahan keras UPKO terhadap cadangan kerajaan tersebut, beberapa Wakil Rakyat UMNO telah mencabar UPKO keluar daripada Barisan Nasional (BN) ketika itu.


“Justeru saya mahu meneruskan apa yang telah saya mulakan di Kg Maang. Saya telah bermula di Penampang dan bersedia untuk meneruskan perkhidmatan dan perjuangan saya untuk Penampang,” katanya.


Ewon menyatakan demikian dalam pelancaran jelajah kempen Harapan ‘Kita Boleh’ Penampang di Kg Maang selepas selesai penamaan calon tengahari tadi.


Turut hadir dan memberi ucapan dalam pelancaran tersebut ialah Tan Sri Bernard Dompok, YB Jannie Lasimbang, Datuk Donald Mojuntin, Datuk Philip Lasimbang, Datuk Marcus Mojigoh, Joseph Alex Chang dan Fred Moosom.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page