12,720 SAMPEL UJIAN COVID-19 DI SABAH MASIH TERTUNGGAK
- nabalunews
- Oct 23, 2020
- 1 min read

23 OKTOBER 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, masih terdapat 12,720 sampel ujian koronavirus (Covid-19) tertunggak di Sabah, setakat ini.
“Sampel tertunggak dalam rekod kita ialah 12,720, tetapi ini adalah campuran kepada sampel tunggakan dahulu dan kes-kes atau sampel ujian baru yang baru dihantar untuk analisis.
“Saya melihat angka ini dalam dua aspek iaitu memang ada sampel yang tertunggak untuk menunggu hasil ujian tetapi pada masa yang sama, jumlah itu adalah cerminan usaha Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang menjalankan ujian di kawasan yang lebih luas melibatkan lebih ramai rakyat Sabah.
“Maka, ia sedikit sebanyak telah menyumbang kepada jumlah sampel tertunggak yang agak tinggi,” katanya.
Masidi turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan PETRONAS atas komitmen untuk menyumbang peralatan perubatan (medical items) dan PPE berjumlah RM 2.5 juta kepada Hospital-hospital Kerajaan di Sabah.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga merakamkan penghargaan kepada Pegagau Aquaculture Sdn Bhd atas sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.
Comments