SEBANYAK 35 KOMPAUN DIKELUARKAN ATAS KESALAHAN LANGAR SOP COVID-19
- Wartawan Nabalu News
- Oct 29, 2020
- 1 min read

29 OKTOBER 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sebanyak 300 buah kenderaan diarah berpatah balik dengan 35 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, di seluruh Sabah, pada hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 64 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilaksanakan di 65 lokasi melibatkan 48,968 kenderaan diperiksa.
“PDRM juga melaksanakan 99 hebahan melalui kereta peronda. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 96.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Masidi berkata, penguatkuasaan undang-undang di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin melibatkan kawasan Pantai Timur adalah sebanyak 57 pemeriksaan dan perairan Labuan sebanyak empat pemeriksaan.
Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi di lapan premis di empat daerah iaitu Semporna, Ranau, Papar dan Tawau.
Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu juga telah dilaksanakan di 72 lokasi di enam daerah seluruh Sabah.















Comments