top of page

Sebuah kawasan R&R membuka ruang niaga

nabalunews


Ewon bersama Phoong, Vivian, Frankie, Fui Fui dan Peter serta yang lain pada acara buka mata singa itu.
Ewon bersama Phoong, Vivian, Frankie, Fui Fui dan Peter serta yang lain pada acara buka mata singa itu.

22 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN - Batu 32, Sandakan dicadang untuk dibina sebuah hab kawasan rehat dan rawat (R&R) khusus untuk pengguna dan juga membuka ruang niaga setempat.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata, ia juga dilihat sesuai dengan kawasan itu yang menjadi persinggahan pengguna jalan sekitarnya.


Ujar beliau, dalam pelan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, R&R ini tidak ada dalam ruangnya.


Justeru, cadangan pewujudannya R&R ini dilihat penting dalam memberikan kemudahan persinggahan setempat untuk pengguna.


Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Majlis Buka Mata Singa Parlimen Libaran Sempena Tahun Baru Cina 2025 di kawasan letak kenderaan dekat Bandar Utama, Batu 6, Sandakan pada Selasa yang dianjurkan Koperasi Usahawan Libaran Sabah Berhad.


Turut hadir, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui dan Pengerusi koperasi itu, Dr.Peter Jr.Naintin serta hadirin lain.


Sebelum itu, Ewon juga melawat tapak cadangan hab keusahawanan Bazaar UDA-FAMA di Agro Bazaar, Bandar Check Point, Batu 32, Sandakan selain turut bertemu dua koperasi di Sandakan.


Mengulas mengenai majlis buka mata singa itu, katanya, ini juga memperlihat kebersamaan dalam kalangan pelbagai latar yang ada di negara ini.


Manakala Vivian dalam ucapan beliau berkata, majlis itu juga meraikan nilai kebersamaan itu khasnya dalam suasana pelbagai latar kaum dan budaya.


Sementara Frankie berkata, ia juga memperlihat keindahan warisan budaya yang diwarisi sejak dulu lagi.


Sementara itu, Peter berkata, acara itu juga meraikan kepelbagaian suasana perayaan yang disambut bersama di negara ini dalam suasana harmoni.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page