Sebuah Proton Wira terbakar awal pagi tadi
- nabalunews
- Apr 3
- 1 min read

3 April 2025
KOTA KINABALU: Sebuah kereta jenis Proton Wira terbakar di bahagian hadapan pemandu dalam kejadian di Jalan Kepayan menghala ke Lido awal pagi tadi.
Menurut Komander Operasi, PBK II Wilson Juanis, pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 1:03 pagi, sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi lima minit kemudian.
"Kebakaran melibatkan bahagian hadapan pemandu dengan anggaran 30 peratus kemusnahan, namun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.
"Pasukan bomba bertindak segera menggunakan satu aliran hose reel untuk memadamkan api sepenuhnya," katanya.
Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 1:58 pagi.
Comments