top of page

SEC Hargai Peranan Media

  • nabalunews
  • Dec 12, 2025
  • 1 min read

12 Disember 2025


KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation (SEC) sentiasa mengiktiraf peranan besar media dalam memastikan laporan yang tepat, adil dan berintegriti, terutama melibatkan isu pembangunan negeri dan projek tenaga di Sabah.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEC, Datuk Adzmir Abd Rahman berkata, media memainkan peranan sangat penting dalam menerangkan isu tenaga kepada rakyat.


Katanya, peranan besar ini diperlukan khususnya ketika Sabah sedang melaksanakan projek besar seperti Projek Hidroelektrik Ulu Padas yang bakal menjadi nadi tenaga boleh baharu Sabah.

“Tidak lama lagi, Sabah juga bakal menyaksikan projek turbin angin berskala utiliti pertama di Malaysia di kawasan utara Sabah, ini bukan langkah kecil, tetapi perubahan besar bagi masa depan tenaga negeri.


“Liputan yang profesional membantu orang ramai memahami kepentingan transformasi tenaga ini dan bagaimana ia bakal memberi manfaat kepada Sabah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media SEC 2025, yang diadakan di Shangri-La Tanjung Aru, di sini, hari ini.


Adzmir turut merakamkan penghargaan atas liputan seimbang yang diberikan terhadap projek-projek utama SEC yang bakal menjadi tonggak penting tenaga boleh diperbaharui Sabah.


“SEC juga bakal melaksanakan projek turbin angin pertama berskala utiliti di Malaysia, yang akan dibangunkan di kawasan utara Sabah satu lagi langkah besar dalam transformasi tenaga negeri.


“Ini bukan langkah kecil, tetapi anjakan besar untuk masa depan tenaga Sabah. Peranan media dalam menjelaskan maklumat dengan tepat kepada rakyat amat kami hargai,” katanya.


Sehubungan itu, SEC menegaskan komitmen untuk mengekalkan hubungan yang kukuh dan harmoni dengan media, khususnya SJA, yang disifatkan terbuka, profesional dan mudah untuk bekerjasama.


Dalam masa yang sama, SEC kekal sebagai penyokong setia Anugerah Kewartawanan Kinabalu selaras dengan keyakinan bahawa kewartawanan berkualiti tinggi adalah hasil dedikasi, ketekunan dan semangat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page