top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sekolah di Sabah cuti Kaamatan, walau tiada dalam Kalender Akademik 2022-2023


Gambar Hiasan

18 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sekolah-sekolah di Sabah akan bercuti pada 30 dan 31 Mei 2022 sempena sambutan Pesta Kaamatan walaupun ia tidak tersenarai sebagai cuti perayaan dalam Kalender Akademik 2022-2023.


Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Mistirine Radin berkata ini kerana ia telah lama digazetkan sebagai cuti umum oleh Kerajaan Negeri Sabah.


“Perkara ini adalah baharu bagi kita kerana selama ini 30 dan 31 Mei berada dalam tempoh Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun,” katanya.


Kalenter Akademik boleh dilayari melalui laman web https://www.moe.gov.my/en/calendar/kalendar-akademik-sesi-2022-2023.


Mistirine berkata berkata, jadual itu merupakan cuti tambahan murid sekolah yang berlaku dalam tempoh hari persekolahan sahaja dan bukan dalam tempoh cuti penggal persekolahan.


“Jika cuti am berada dalam cuti penggal, cuti tersebut tak muncul di sini. Jadual ini perlu dibaca bersama dengan takwim persekolahan 2022,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa pertanyaan daripada pelbagai pihak berkaitan takwim persekolahan 2022 khususnya tarikh 31 Mei sebagai hari persekolahan.


“Sila maklum bahawa cuti kelepasan am negeri tidak diambil kira dalam pengiraan hari persekolahan dalam takwim persekolahan KPM sejak dahulu lagi.


“Bukan Sabah saja, negeri lain pun begitu. Ini kerana pada 30 dan 31 Mei 2022, Sabah dan WP Labuan bercuti tetapi di negeri lain, tarikh itu adalah hari bekerja,” katanya.



Comments


bottom of page