top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Sekolah menengah, rendah dibuka semula mulai 22 November


8 Nov 2021

By Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Sekolah menengah dan sekolah rendah bagi beberapa negeri yang telah memasuki Fasa 4 Pelah Pemulihan Negara (PPN) akan mula dibuka pada 22 November.


Selain Sabah, negeri yang terlibat adalah Perak, Perlis, dan Pulau Pinang, manakala Kedah akan memulakan pengoperasian awal sehari.


“Ini akan melibatkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.


“Institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat,” kata KPM dalam satu kenyataan media, hari ini.


Kementerian menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.


“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.”

Komentar


bottom of page