Sekolah Pusat Pembelajaran Komuniti Musnah Terbakar
- nabalunews
- Jan 3
- 1 min read

3 Januari 2026
LAHAD DATU: Sebuah sekolah Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Ladang Bagahak 1, di sini, musnah terbakar, petang tadi.
Bagaimanapun kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, SumSoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi dan tiba pada jam 6.24 petang selepas menempuh jarak kira-kira 56 kilometer.
“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan sekolah jenis tidak kekal berkeluasan kira-kira 40 x 45 kaki yang telah terbakar 100 peratus ketika pasukan bomba tiba di lokasi.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dan dua pancutan salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera, selain satu aliran sepanjang 100 kaki dan satu pancutan menggunakan pam angkut dari sumber air terbuka iaitu perigi,” katanya.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 6.41 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.45 petang.


















Comments