top of page

Seks luar tabii: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sandakan

  • nabalunews
  • Oct 8, 2024
  • 2 min read

8 Oktober 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN: Polis Sandakan menahan tiga lelaki yang disyaki melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki di daerah ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy Kuppan menerusi satu kenyataan di Sandakan pada Selasa berkata sebelum itu pada 23 September, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menerima laporan mengenai seorang remaja lelaki berusia 14 tahun 9 bulan yang disyaki terlibat dalam perbuatan hubungan seks luar tabii.


Pada awalnya, mangsa telah datang ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami sakit di bahagian kemaluan dan dubur akibat bernanah. 


Siasatan polis kemudian dijalankan mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaan dan pada 24 September, pihak polis telah menangkap tiga suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut.


Superintendan Ramasamy berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Sandakan pada Isnin, 7 Oktober.


Tertuduh pertama, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan telah dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 1 sebatan oleh mahkamah.


Manakala tertuduh ketiga, seorang lelaki warganegara Filipina berumur 34 tahun dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak itu dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 1 sebatan selepas mengaku bersalah dan diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman itu.


Sementara tertuduh kedua iaitu seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang juga dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tidak mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkan sebutan semula kes pada 11 November depan.


Perbuatan seks bertentangan dengan aturan tabii dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak dibawah umur 18 tahun adalah serius dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page