Selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti Tamil – PM Anwar
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti Tamil – PM Anwar



15 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal yang bermula hari ini kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia.


Beliau berkata perayaan yang diraikan selama empat hari itu adalah perayaan budaya bagi menzahirkan rasa syukur, selain bersiap untuk lembaran baharu.


"Saya amat berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan serta kebahagiaan dan semarakkan nilai-nilai yang baik, selain terus memperteguh kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa," katanya menerusi hantaran di media sosialnya.


Ponggal adalah perayaan budaya yang menandakan permulaan bulan 'Thai' dalam kalendar Tamil dan disambut dengan penyediaan nasi manis yang dimasak dalam periuk tanah sebagai tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah ruah.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page