top of page

Seludup Keluar Makanan Eksotik Gagal

  • nabalunews
  • Apr 23, 2025
  • 1 min read


23 April 2025


KUDAT: Cubaan licik sindiket penyeludup makanan eksotik yang melibatkan spesies haiwan terancam berjaya digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).


Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, semua haiwan spesies terancam itu dikesan menerusi satu operasi khas yang dilaksanakan di perairan Kudat, semalam.


Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, operasi dijalankan hasil risikan Unit Perisikan yang mengesan kegiatan mencurigakan di kawasan perairan Selat Malawali.



“Bertindak atas maklumat itu, Bot Peronda KILAT 48 yang sedang menjalankan

operasi khas digerakkan ke lokasi sebelum mengesan sebuah bot dalam keadaan

bergelap pada jarak kira-kira 1.8 batu nautika barat laut Tanjung Layang-layang,

Pitas.


“Hasil pemeriksaan mendapati tiada individu berada di atas bot terbabit, namun

penggeledahan lanjut menemukan barangan yang mengejutkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, antara yang ditemui ialah 20 kotak polisterin berisi Kima beku seberat kira-kira 500 kilogram, lapan guni Kima kering seberat lebih 200 kilogram, serta lima kotak

polisterin mengandungi Tenggiling beku dengan anggaran berat 100 kilogram.



“Difahamkan, semua hasil rampasan itu dipercayai untuk diseludup keluar ke negara

jiran yang mempunyai permintaan tinggi terhadap makanan eksotik dan produk

haiwan liar terlarang.


“Bot bersama muatan berharga yang dianggarkan lebih RM100 ribu itu telah ditahan

dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Akta

Perikanan 1985 kerana melibatkan cubaan penyeludupan haiwan spesies terancam

serta pengendalian hasil laut tanpa kebenaran sah.


“Maritim Malaysia menyeru masyarakat terutamanya komuniti maritim agar

menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau jenayah

maritim menerusi talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) atau talian kecemasan

999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page