Semangat Kasih Hargai Peranan Wanita Kota Belud
- nabalunews
- 6 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Kidd
8 Mac 2026
KOTA BELUD: Persatuan Kebajikan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB) menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita, khususnya para wanita di daerah Kota Belud, sempena sambutan yang diraikan hari ini.
Pengerusinya, Baini @ Mainie Lakin, berkata bahawa sambutan Hari Wanita Sedunia merupakan satu penghargaan penting terhadap peranan dan sumbangan besar kaum wanita dalam membina keluarga, memperkukuh institusi masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Menurut beliau, wanita bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah sumber inspirasi, kekuatan, dan kasih sayang dalam kehidupan seharian serta memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk sosial, pendidikan, dan ekonomi.
Beliau turut berharap agar semua wanita terus diberikan kekuatan, kesihatan, serta semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat dan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, selaras dengan tema “Wanita Berdaya, Masyarakat Sejahtera.”











