Semangat kebersamaaan penduduk Kg Sayap laksana program gotong royong
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Semangat kebersamaaan penduduk Kg Sayap laksana program gotong royong

17 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Para penduduk Kg Sayap menonjolkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan aktiviti membersihkan tanah perkuburan di kampung itu baru-baru ini.


Aktiviti tersebut yang juga dikenali program Gotong-Royong MADANI telah dirasmikan oleh PPM Kadamaian Saikom Watis.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam masyarakat Kg. Sayap. Ianya juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menjaga kebersihan dan keindahan tanah perkuburan.


Dalam pada itu, Saikom turut menyerahkan beberapa alat seperti scoop, tombak, dan cangkul untuk kegunaan tanah perkuburan di Kg itu.


Turut hadir dalam program ini ialah PTTK 2 KUSKOP Dr. Rizoh Bosorong, pegawai ADUN dan UPPM Kadamaian, serta pengerusi JKKK Kg. Sayap, Yaming Gemburus. Program ini juga disertai oleh penduduk-penduduk Kg. Sayap yang bersemangat untuk menyumbang tenaga dan masa mereka.g

bottom of page