top of page

Sembilan Kru Nelayan Ditahan

  • nabalunews
  • Nov 19, 2025
  • 1 min read

19 November 2025


KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel nelayan bersama sembilan kru termasuk tekong selepas didapati melakukan beberapa kesalahan perundangan.


Dalam operasi kira-kira jam 5 petang itu, vesel berkenaan ditahan untuk pemeriksaan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 2.7 batu nautika timur laut berhampiran Pulau Gaya.


Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, berkata pemeriksaan mendapati kru gagal mematuhi Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002.

Katanya, vesel berkenaan turut melakukan kesalaha mengikut Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga 2008 kerana tidak melaporkan pertukaran nakhoda seperti ditetapkan.


“Semua suspek turut disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.


“Semua anak kapal serta tekong terus ditahan bersama vesel yang dianggarkan bernilai RM150,000 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua vesel dan individu terlibat dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.


Sehubungan itu, Khairulanuar berkata, pihaknya akan terus memperkukuh rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan perairan Sabah kekal selamat dan bebas daripada aktiviti yang melanggar undang-undang.


Orang awam turut digesa menyalurkan maklumat segera sekiranya melihat aktiviti mencurigakan di laut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page