top of page

Sembilan Rumah Atas Air Musnah Terbakar

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

22 Disember 2025


PUTATAN: Sembilan rumah jenis tidak kekal atas air dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Pasir Putih, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.35 petang.

ree

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian, operasi pemadaman terus dilaksanakan dengan kekuatan 32 anggota daripada BBP Putatan, BBP Penampang dan BBP Kota Kinabalu.


“Operasi turut dibantu Unit Komunikasi, membabitkan penggunaan jentera FRT, EMRS, kenderaan utiliti serta lori tangki air,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, kebakaran membabitkan sembilan rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan kira-kira 25 meter persegi bagi setiap unit.


“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.33 petang sehingga kini, operasi pemadaman serta pemeriksaan lanjut masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.


Menurutnya, operasi turut diselia pegawai kanan JBPM Sabah dengan bantuan (Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sabah Electricity.


“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.51 petang,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page