top of page

Sempat Motosikal Disita Dalam OP SAMSENG JALANAN Kota Belud

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

31 Disember 2025


KOTA BELUD: Polis berjaya menyita empat motosikal dalam operasi yang dijalankan di Jalan Pan Borneo berhampiran Pantai Emas, di sini, semalam.


Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud itu turut mengeluarkan 23 saman atas pelbagai kesalahan.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, operasi Op Motosikal (Samseng Jalanan) itu dilaksanakan atas aduan orang ramai dan risikan berhubung aktiviti samseng jalanan.

ree

Katanya, ia bagi mengesan pesalah lalulintas selain menunjukkan kehadiran polis Omnipresence dalam usaha mencegah jenayah di sekitar pentadbiran IPD Kota Belud khususnya.


“Hasil pemeriksaan, polis mengeluarkan sebanyak 23 keping saman atas pelbagai kesalahan dan pengubahsuaian motosikal.


“Selain itu, pasukan operasi turut menyita empat motosikal mengikut Seksyen 60 (1) APJ 1987 dan di bawa ke IPD Kota Belud untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, operasi seumpama ini adalah sebagai peringatan kepada masyarakat agar terus mematuhi undang-undang dan peraturan laluintas.


Katanya, ia juga bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.


“Pihak polis menasihati masyarakat agar mengutamakan keselamatan diri di jalan raya dengan slogan "Sayangi diri, keluarga dan masyarakat",” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page