Semua IPT Disaran Tawar Program dan Fakulti Kecerdasan Buatan
- nabalunews
- 15 hours ago
- 1 min read

14 Jun 2025
TAWAU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk kolej komuniti mewujudkan program dan fakulti berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.
Pendekatan itu dilihat sangat penting berikutan peningkatan keperluan penggunaan teknologi AI dalam pelbagai sektor khususnya ekonomi.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah pun menjadi perintis dalam pendidikan AI menerusi penubuhan Fakulti AI yang pertama,m.
“Kolej komuniti tidak boleh kekal dengan kandungan kursus yang kaku dan perlu bersedia menawarkan program lebih terbuka yang selari dengan permintaan industri.
"Kita akan lihat semula peranan yang dimainkan kolej komuniti. Ia mesti terbuka dari masa ke semasa untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Sabah di Tawau, Jumaat.
Sementara itu, Zambry turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi setiap kolej komuniti di Sabah bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti.
Untuk rekod, kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta menerusi Belanjawan 2025 bagi pembangunan bidang AI di Malaysia.
Comentarios