Sentuhan Kasih: Bantuan kepada Warga Emas, Pesakit Kronik dan OKU di Kota Belud
- nabalunews
- Nov 1
- 1 min read

1 November 2025
KOTA BELUD: Program Sentuhan Kasih, anjuran Persatuan Prihatin Wanita Kadamaian (PPWK), telah berjaya dilaksanakan pada Isnin, 20 Oktober 2025 di dua buah kampung iaitu Kampung Narinang dan Kampung Tamu Darat, Kota Belud.
Program ini bertujuan menyampaikan bantuan keperluan asas kepada warga emas terlantar, pesakit kronik serta golongan orang kurang upaya (OKU).
Seramai enam ahli PPWK telah turut serta dalam program berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi PPWK, Datin Saniah Tuak. Beliau sendiri telah menyampaikan ‘Bakul Kasih’ kepada enam penerima, terdiri daripada empat penerima di Kampung Narinang dan dua penerima di Kampung Tamu Darat. Program ini berlangsung sekitar jam 12.30 tengah hari dalam suasana penuh keinsafan dan kasih sayang.

Menurut Datin Saniah, tujuan utama penganjuran Sentuhan Kasih adalah untuk meringankan beban keluarga penerima di samping memberi sokongan moral dan sosial kepada penjaga serta pesakit.
Beliau turut menegaskan bahawa keprihatinan masyarakat terhadap golongan memerlukan merupakan asas penting dalam membentuk komuniti yang sejahtera dan penyayang.

PPWK berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan pelbagai pihak. Inisiatif sebegini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas penerima, tetapi juga menyemai semangat prihatin dan nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat, agar warga emas, pesakit kronik dan OKU terus menikmati kehidupan yang lebih selesa, dihormati serta disayangi.


















Comments